Wednesday, 12 June 2013

Jom sahabat2, bedah buku.."Nota Fikir untuk Zikir"

"Nota Fikir untuk Zikir" oleh Ust. Pahrol Mohd Juoi


بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صلى على محمد  وعلى آلى سيدنا محمد

Terasa Kerdilnya Manusia

Seorang budak menangis ketika melihat unggun api terbakar.Khalifah Harun ar-Rasyid bertanya , "Mengapa menangis?" Budak itu menjawab, "Aku takutkan api neraka.Khalifah yang adil itu memujuk, "Anak kecil sepertimu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."

     Sebaliknya budak itu menjawab, "Aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu.Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar.Aku takut hal yang sama berlaku di neraka kelak.Aku umpama kayu kecil itukah?"Mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis.

Refleksi
Melihat dunia dan kejadian,akal budak kecil tersebut dapat memacu hatinya untuk melihat alam yang lebih luas dan hebat- alam akhirat.Betapa kecilnya manusia dibandingkan Allah Yang Maha Pencipta.Lalu tunduk patuh kerana takutkan seksa neraka.

    Inilah tuntutan ayat al-Quran yang berikut :
     "Mereka yang sentiasa berzikir (ingat) kepada Allah dalam keadaan berdiri, dudukdan berbaring dan berfikir tentang kejadian langit dan bumi (sambilberkata) : 'Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada  azab api neraka."
(Ali Imran : 191)

Muhasabah Diri :
Adakah iman kita menjangkau tahap keimanan budak kecil ini?Masihkah ada budak yang mempunyai nilai keimanan yang setebal budak ini pada zaman serba canggih ini?Setakat manakah peranan kita, khasnya yang bergelar murobbi bagi mencorak generasi kini agar taqarrub  kepada Ilahi..? Mari muhasabah diri, agar lebih berjiwa rabbani.